Tamat sudah tahun 2012, tahun “the dragon year”. Kini kita sudah berada pada tahun 2013.
Mungkin ada sesetengah yang sudah berjaya dan kaya pada tahun 2012. Ada juga jadikan tahun 2012 sebagai tahun pembelajaran. Belajar itu, belajar ini, berguru sana dan berguru sini. Semuanya atas dasar untuk membuat duit di internet.
Dimana anda sekarang? Masih lagi belajar atau telah mengimplimentasikan apa yang telah dipelajari. Kalau anda telah mula menjanakan ringgit pertama anda di internet, anda telah mengorak langkah ke arah jalan yang betul. Anda sudah tentunya telah menglaksanakan apa yang telah anda pelajari. Mana-mana yang masih teraba-raba, anda perlu tingkatkan usaha lagi. Jikalau anda merasakan ilmu di dada masih tak cukup, anda perlu berguru lagi. Jangan harapkan barang percuma sahaja. Untuk berjaya anda perlu belajar dengan orang berjaya. Ikut langkah-langkah mereka yang telah mendapat kejayaan dan kekayaan.
Berhentilah bermain dan jangan putus asa. Beri peluang dan fokus kepada apa yang anda ingin buat. Buat perancangan. Buat berulang-ulang kali. Buat sehingga berjaya. Kalau boleh kurangkan masa tidur anda. Bangun awal pagi (untuk Sembahyang Subuh). Set kan sasaran kepada apa yang anda mahukan. Baca buku kehidupan orang-orang telah berjaya. Dapatkan sumber inspirasi. Dan akhir sekali banyak-banyaklah berdoa. Bersyukur dengan apa yang ada. Insya Allah, apa yang dipinta akan ditunaikan.
Masa dekat sekolah dulu, Cikgu dah cakap, usaha itu adalah tangga kejayaan. Saya tambah lagi, usaha yang konsisten itu adalah tangga kejayaan.
Enjoy this video.
[embedplusvideo height=”281″ width=”450″ standard=”http://www.youtube.com/v/_Uxun0BF90M?fs=1&hd=1″ vars=”ytid=_Uxun0BF90M&width=450&height=281&start=&stop=&rs=w&hd=1&autoplay=0&react=1&chapters=¬es=” id=”ep8319″ /]